Sunday, March 01, 2009

Ziarah Perkampungan Orang Asli

Hebat, program ziarah di perkampungan orang asli di Kg Bukit Kala Gombak petang tadi memang hebat. Hebat kerana di hadiri oleh ramai veteran ALKIS(dato presiden, abang Aziz aka abang Roi , Pak din dll) Hebat juga sebab program dapat berjalan sehingga asar walaupun di dalam hujan lebat.

Program bermula sekitar jam 9.30 pagi dengan ucapan alu-aluan Tok Batin dan Dato presiden. Kemudian diikuti dengan ceramah ringkas Ustaz Arif (kesihatan rohani) dan Dr Zainal (kesihatan Jasmani). Seterusnya pemeriksaan kesihatan . Alhamdulillah ramai doctor perubatan warga Alkis yang hadir (Dr burhanudin Busu, Zuridah, Ramzi dll) juga dibantu para pelajar perubatan Cyberjaya Medical College. Dari data yang dikumpul 47% yang hadir adalah non muslim (animisma, Hindu dll).

Sementara Ust Arif memberi rawatan rohani anak-anak pula dihiburkan dengan pelbagai aktiviti oleh remaja PEPIAS. Berbanding dengan anak-anak OA di pendalaman yang pemalu anak2 OA di sini agak agressif dan proaktif.

Menjelang tengahari masing-masing gelisah kerana makanan belum sampai. Rupanya Dr Firdaus balik ke Klang mengambil makanan yang dimasak di rumah beliau. Jalan jam pulak. Jadi kita solat dulu.

Lepas solat makanan masih belum tiba, apa nak buat? Perut dah lapar, cuaca makin gelap. Mujurlah Ustaz Arif menyelamatkan keadaan. Jom kita dengar ceramah Ustaz dulu….ceramah ustaz memang best saling tak tumpah macam bondanya Ustazah Fauziah Sani.

Sementara tu budak –budak yang ada kutu kita buat head lice treatment….alamak towel pulak tak ada nak basuh rambut macamana…..

mujurlah Kak ros ada , tolong belikan good morning towel di pekan Gombak.

Habis ceramah…..masih belum nampak kereta Dr Firdaus….Tak apa, jom kita dengar Ustaz Arif bernasyid pulak…..

….dah habis dekat 10 lagu, makanan masih belum sampai….tapi katanya dah dekat…..hujan pun makin lebat….Ustaz kata kita selawat dulu …InsyaAllah dimudahkan urusan.

Alhamdulillah dekat pukul 3 baru Dr Firdaus sampai. Hidangan istimewa lauk udang, ayam dan daging. Kuih karipap, cucur badak dan mihun. Dalam hujan lebat makan beramai-ramai memang menyelerakan.

Habis makan kita sambung dengan program anak-anak. Kalau ada hadiah walaupun coklat beberapa biji anak-anak memang suka. Lepas tu penyampaian hadiah untuk semua yang hadir dan hadiah khas dari Jakim untuk para muallaf.

Alhamdulillah program berakhir menjelang waktu asar dengan doa (Ust Arif lagi).

Lihat foto di Facebook
http://www.facebook.com/inbox/?ref=mb#/album.php?aid=57375&id=619452269&page=2

No comments: