Saturday, September 10, 2005

Aktiviti Klinik

Sejak Klinik Kesihatan Jalan Lanang mula beroperasi awal tahun ini, beberapa program dan kursus peringkat negeri Sarawak telah diadakan di sini. Awal Julai yang lalu satu kursus pendek ’Early Interventional Program for Children with Special Needs’ telah diadakan. Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Sarawak. Ianya mengumpulkan seluruh kakitangan kesihatan dan NGO yang terlibat di dalam penjagaan kanak-kanak berkeperluan khas di Sarawak.

Pada pertengahan Ogas pula diadakan ‘Screening Program for Special Olympics’. Ianya adalah program saringan bagi kanak-kanak keperluan khas yang akan telibat di dalam sukan Special Olympic. Berbeza dengan paralympic , sukan Special Olympic adalah khas untuk mereka yang mempunyai kecacatan mental seperti Down’s Syndrome dan Slow Learner.

No comments: