Monday, March 06, 2006


Hospital Mukah Posted by Picasa

Thursday, January 05, 2006

Arif ICT

Terimakasih kepada En Azli Paat kerana sudi mewar-warkan laman blog saya ke seluruh Malaysia melalui program Arif ICT di Nasional FM jam 7.30 pagi tadi. Saya memang peminat setia Arif ICT sejak setahun lepas. Walaupun hanya 10 minit tetapi cukup berisi. Laman En Azli boleh dilayari di http://azli.dapat.com/.

Saturday, December 31, 2005


Klinik Kesihatan Lanang, Sibu. Posted by Picasa

Selamat Tahun Baru 2006

Tiba saja akhir tahun saya sibuk menyusun perancangan untuk tahun depan. Antaranya membuat justifikasi bagi memohon jawatan baru. Kebanyakan kakitangan di Klinik Lanang adalah dari Klinik lama Low King How yang kini telah di robohkan untuk memberi laluan kepada projek Sibu City Centre. Antara jawatan baru yang diminta termasuklah jawatan physiotherapy dan telefonis/operator. Ini memandangkan jumlah bilangan pesakit yang terus meningkat. Kedatangan pesakit sekarang telah mencecah hampir 400 orang sehari dan dijangka terus meningkat lebih-lebih lagi apabila siapnya jambatan baru yang menghubungkan Bandar Sibu dan Sarekei.

Friday, December 16, 2005


Sarawak...the largest state in Malaysia Posted by Picasa

Telehealth in Sarawak Posted by Picasa

TPC Hardware Posted by Picasa

TPC facilities in Sarawak Posted by Picasa

Teleprimary Care is coming

Finally, the Ministry of Health has approved KK Lanang to be included in the Teleprimary Care (TPC) Network. It is simply because the family physician is one of the major key players in the game. They have allocated 250 thousand for the clinic and the hardware installation is under progress. TPC which is under Telehealth project is one of the flagships of Multimedia Super Corridor. As we move forward to become a developed nation, the government is committed to provide a comprehensive health system which is equitable, affordable, efficient, technologically appropriate and customer friendly.

One of the major problems of health services in Malaysia is the availability of comprehensiveness and quality of health care in remote health centres. When patients are transferred from the health centres to the hospitals for further treatment, this not only incurs inconvenience to the patients and their family but also increases the cost to the health care system. Teleprimary care is one of the tools to overcome this problem. The doctors in the remote clinics are able to discuss the problem cases through teleconsultation with the doctors and specialist in the hospitals using an audiovisual system to provide better care in the health centers without transferring the patients to the hospitals. Only the essential and needy patients are referred to the hospitals. This has not only reduced the number of patients referred to the hospitals but it has reduced the cost to the health care system. It has also provided a more comprehensive care to the patients in the health centres. The doctors in the health centers are also provided training and are also updated on the latest in medicine. This method of training has made doctors in the health centers more efficient and satisfied.

TPC is still under a pilot project. Besides Johor, Sibu and all the health centres along the Rajang basin has been selected as the pilot area. With it mountainous and hilly topography which is only accessible either by river or air, Sarawak especially Sibu and the Rajang Basin will benefited the most from this project. I remember seeing patient who departed as early as 2 am with the express boat from Kapit and reach Sibu only 4 hours later. After receiving treatment from the clinic or hospital they have to spend a night in Sibu before they can cruise back the next day because there is no express boat service after 12 pm.

Saturday, December 10, 2005


Pertandingan menulis khat Posted by Picasa

Pemandangan di rumah panjang Posted by Picasa

Makan tengahari beramai-ramai di ruai Posted by Picasa

Kumpulan nasyid 2 in 1 Posted by Picasa

Kena naik feri menyeberangi Sg. Rajang Posted by Picasa

Sehari di Rumah Panjang

Tanggal 26 November lalu saya bersama sebuah badan NGO telah berkunjung ke sebuah rumah panjang di kawasan Bintangor lebih kurang 40 minit dari Sibu. Tujuan kunjungan tersebut adalah bagi menjayakan program Berhari Raya (orang Sarawak panggil program ramah tamah / berambeh). Rumah panjang Iban tersebut telah memeluk Islam sekitar tahun 1997. Sebagai seorang yang menggemari kerja-kerja sukarelawan kunjungan ini adalah saat yang ditunggu-tunggu. Ianya bukan hanya untuk merapatkan hubungan silaturahim tetapi yang lebih penting ialah mengenali masyarakat pribumi Sarawak dengan lebih dekat dan mendalam. Rumah panjang yang menempatkan hampir 40 keluarga diketuai oleh seorang ketua yang dipanggil ‘Tuai Rumah’.

Majlis diadakan di ruang tamu yang dipanggil ‘Ruai’. Hampir separuh yang hadir adalah wanita kerana kaum lelaki ada yang pergi bekerja. Upacara dimulai dengan ucapan aluan oleh wakil NGO diikuti oleh tuai rumah. Kemudian kami didendangkan dengan persembahan nasyid oleh anak-anak rumah panjang. Subhanallah ingatkan cuma satu kumpulan rupanya ada 3 kumpulan termasuk yang veteran. Yang menariknya satu kumpulan nasyid remaja yang menggelarkan diri mereka kumpulan 2 in 1 mendendangkan sebuah nasyid kontemporari. Acara seterusnya adalah peraduan mewarna untuk kanak-kanak dan peraduan menulis khat untuk dewasa. Alhamdulillah semuanya berlumba-lumba mengambil bahagian.

Majlis berhenti rehat untuk solat zohor dan disambung semula selepas makan tengahari. Tersentuh hati bila mendengar anak-anak kecil membaca doa makan beramai-ramai. Acara sebelah petang adalah pertandingan membaca fatihah dan azan serta diakhiri dengan acara sukanika. Sebelum penyampaian hadiah satu ceramah agama dalam bahasa Iban telah disampaikan oleh Ustaz Yaakob dari Sibu.

Program hari tu memang cukup bermakna kepada kami dan juga penghuni rumah panjang tersebut. Mudah-mudah Allah menguatkan iman mereka dan melimpahkan kesejahteraan kepada seluruh penghuni rumah panjang tersebut. Amin.

Saturday, September 24, 2005


UKM Convocation Day Posted by Picasa

Friday, September 23, 2005

UKM Convocation 2005

Having a chance of going back to KL was indeed a happy moment. For me and family it was not just to meet friends and relatives but to settle a lot of unfinished works. We took Air Asia from Sibu 8.30pm and reached KL 2 Hours later. Air Asia services was not bad, despite their low cost fair the others essential services were quite good. But of course there were no food served and it limits the cargo for only 15kg per person. So for me and my family we got 75kg and we only used ¾ of it. First time coming back from Sibu we brought the famous ikan terubuk masin 50 pieces with 2kg udang harimau.

After the rehearsal on the 15 Sept I took an opportunity to visit Dr Salmiah in KK Batu 9 and get some advises. That night I hang around with Dr Tong at the Mamak stall. We talked about various topics; family stuff, clinical and politics. A lot of ideas were generated within those 2 hours. I suggested to Tong to have his own weblog as many of the family physician around the world did.

I believed that all of those who attended the convocations have had a great time. The only words from the Chancellor Tuanku Jaafar that stick in mind was: “ Jadilah insan yang berguna, dicampak ke laut menjadi pulau, dicampak ke darat menjadi gunung, dicampak ke angkasa menjadi bintang kejora”.

Sunday, September 11, 2005

Program Keceriaan

Pagi tadi berlangsung program keceriaan bagi seluruh warga Klinik Kesihatan Jalan Lanang. Proram yang julung kali diadakan itu adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturrahim diantara staf serta memupuk semangat berpasukan disamping mencergaskan tubuh badan. Seramai 70 orang kakitangan dari semua unit hadir. Program bermula seawal jam 8 pagi dengan acara senamrobik diketuai oleh fasilitator dari Jabatan Belia dan Sukan cawangan Sibu. Ianya disusuli kemudian dengan acara sukanika. Antaranya ialah membawa telur dalam sudu, meminum air cola serta membuat barisan terpanjang dengan alatan yang ada pada tubuh. Selesai acara sukanika, upacara penyampaian hadiah dan ucapan berlangsung di lobi klinik. Ia diikuti dengan jamuan tengahari dan bersurai. Semua kakitangan kelihatan gembira dan ingin program seperti ini diadakan setiap tahun. Saya juga berasa gembira dan berharap program ini dapat meningkatkan produktiviti dan komitmen semua kakitangan dalam kerja mereka seharian.

Saturday, September 10, 2005

Aktiviti Klinik

Sejak Klinik Kesihatan Jalan Lanang mula beroperasi awal tahun ini, beberapa program dan kursus peringkat negeri Sarawak telah diadakan di sini. Awal Julai yang lalu satu kursus pendek ’Early Interventional Program for Children with Special Needs’ telah diadakan. Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Sarawak. Ianya mengumpulkan seluruh kakitangan kesihatan dan NGO yang terlibat di dalam penjagaan kanak-kanak berkeperluan khas di Sarawak.

Pada pertengahan Ogas pula diadakan ‘Screening Program for Special Olympics’. Ianya adalah program saringan bagi kanak-kanak keperluan khas yang akan telibat di dalam sukan Special Olympic. Berbeza dengan paralympic , sukan Special Olympic adalah khas untuk mereka yang mempunyai kecacatan mental seperti Down’s Syndrome dan Slow Learner.


Sibu Central Market Posted by Picasa