Pesakit saya sering bertanya:
“ Dr tolong boleh
berikan saya ubat untuk kurangkan nafsu makan?”
Sebenarnya tidak semua masalah kesihatan boleh diselesaikan
dengan memakan ubat. Adakalanya masalah boleh diselesaikan dengan cara lain
seperti bersenam, mengambil pemakanan yang seimbang dan menjauhi tabiat tertentu. Bagi menangani
permasalahan nafsu makan, ianya adalah sama seperti mengawal nafsu yang lain
iaitu dengan cara perlatihan kawalan diri dan bermujahadah .
Kata pepatah:
“Ikut hati….
Mati,
Ikut rasa……binasa,
Ikut
nafsu......lesu.”
Kerana nafsu itu
adalah umpama lautan yang tidak bertepi dan tiada penghujungnya.
Allah berfirman:
” Adapun orang yang takutkan keadaan semasa ia
berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta ia menahan
dirinya dari menurut hawa nafsu. ”
Surat An Nazi’at
40
Beramallah dengan
cara pemakanan Rasulullah saw yang tidak makan sehingga berasa lapar dan
berhenti sebelum berasa kenyang.
Sabda Nabi saw:
"Kami adalah kaum yang tidak akan makan
kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu
kenyang." (Hadis
Abu Daud)
Dari Miqdam bin Ma’dikarib ra.
menyatakan pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Tiada memenuhi anak Adam suatu tempat yang lebih buruk daripada
perutnya. Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suap yang dapat menegakkan
tulang punggungnya. Jika tidak ada cara lain,
maka sepertiga (dari perutnya) untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minuman
dan sepertiganya lagi untuk bernafas.” (Riwayat At-Tirmidzi dan Al-Hakim)